Pengenalan

Pendidikan Prasekolah Komponen Penting Dalam Sistem Pendidikan Negara

Pendidikan pra-sekolah kini diiktiraf sebagai komponen penting dalam sistem pendidikan negara yang berupaya melahir, membangun dan mengembangkan potensi kanak-kanak secara holistik selain melengkapkan mereka dengan pelbagai kebolehan, ilmu dan kemahiran yang diperlukan.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata ini kerana saban tahun kerajaan menyediakan peruntukan yang begitu besar untuk membangunkan pendidikan pra-sekolah di negara ini.
“Melalui pendidikan pra-sekolah, potensi kanak-kanak dapat dibangunkan supaya mereka ini berkembang secara holistik serta dilengkapi dengan kebolehan, ilmu dan kemahiran.
“Perkembangan ini penting kerana akhirnya nanti mereka akan menjadi anggota negara yang produktif dan berkualiti serta bakal mengendalikan pentadbiran dan ekonomi negara,” katanya pada majlis Nurani Sayang Bersama Kanak-Kanak Tabika Dan Prasekolah Parlimen Ampang di SK Ampang Campuran, dekat Ampang petang tadi.
Program yang mengumpulkan 500 kanak-kanak tabika, prasekolah, golongan pendidik dan ibu bapa itu dianjurkan oleh Pergerakan Wanita BN Selangor Bahagian Ampang dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) negeri Selangor.
Tambah beliau lagi, rakyat seharusnya bersyukur kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) meletakkan usaha membina modal insan sebagai agenda teras kepada kejayaan bangsa dan negara dan ia seharusnya bermula dari usia awal lagi.
Kata Rosmah, dalam Bajet 2013 yang lalu, sejumlah RM532 juta diperuntukkan kepada KEMAS bagi tujuan pendidikan prasekolah bagi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan yang sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif.
Selain itu, pihak kerajaan juga katanya, mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyelia Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECEC) bagi membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti.
Rosmah berkata lagi, pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti mengurangkan kadar kadar keciciran sekolah serta kadar jenayah di kalangan negara.
Tegasnya, negara dapat berjimat kerana tidak perlu mengadakan kelas remedial atau tambahan dan lebih penting lagi, keberangkalian untuk kanak-kanak tersebut berjaya secara holistik dan menyumbang ke arah pembangunan masa depan negara adalah lebih cerah.
“Atas kesedaran kanak-kanak adalah harta pusaka yang bernilai, saya memulakan program pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai PERMATA Negara.
“Meskipun pelbagai kritikan dan tohmahan dilemparkan, program ini dimulakan sejak 2007 dan dirangka khusus untuk memberi peluang kepada kanak-kanak bawah umur 5 tahun agar potensinya dapat dibangunkan secara optima.
“Selain itu, kurikulum PERMATA kini telah dijadikan sebagai kurikulum kebangsaan yang perlu diguna pakai oleh kesemua taska sama ada di bawah agensi kerajaan mahupun swasta,” katanya..
Beliau yang juga Penaung Program PERMATA turut melahirkan rasa bangga di atas pencapaian PERMATA Negara yang berkembang meluas hingga mempunyai 665 buah pusat asuhan di seluruh Malaysia dengan 354 daripadanya adalah taska PERMATA Kemas.
“Sebanyak 28 buah lagi taska PERMATA Kemas akan dibuka tahun ini dan daripada jumlah ini, seramai 22,500 kanak-kanak akan mendapat manfaat daripadanya.
“Pencapaian ini adalah selaras dengan matlamat utama penubuhan PERMATA iaitu memberi peluang kepada setiap kanak-kanak luar bandar dan golongan berpendapatan rendah untuk mengikuti program pendidikan awal yang berkualiti yakni selari dengan prinsip tiada kanak-kanak dipinggirkan,” katanya lagi.

Bidang Pengajian Sosial.

Pengajian Kajian Sosial merupakan salah satu daripada bidang pengajian yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran di sekolah rendah.Bidang pengajian ini memainkan peranan dalam membentuk sahsiah dan keperibadian mulia para pelajardi mana bidang ini banyak menekankan aspek-aspek tingkah laku manusia dan aspek-aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia dalam sesuatu kelompok masyarakat.Bidang ini adalah salah satu daripada bidang pengetahuan yang penting pada masa sekarang.

Selain itu, Pengajian Kajian Sosial juga menyatukan sains sosial dan kemanusian sebagai bidang pengajaran dalam pembentukkan sivik.Bahkan melalui bidang pengajian ini, ianya dapat membantu anak-anak muda dalam menggunakan kebolehan yang ada untuk membuat sesuatu keputusan dengan rasionalnya agar keputusan yang di buat dan di ambil itu tidak mendatangkan sebarang kesan buruk pada diri mereka.

Secara asasnya, bidang Pengajian Kajian sosial ini banyak mendedahkan kepada para pelajar betapa pentingnya bidang ini pada kehidupan mereka seharian.Ianya membantu dalam mempertingkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan dan nilai-nalai murni pada diri seseorang individu.Bahkan bidang Pengajian Kajian Sosial ini menerapkan konsep integrasi dalam kurikulum dan pengajaran ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani justeru ianya membawa kepada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nailai murni yang dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh.

Antara matlamat penting yang ditekankan dalam Bidang Pengajian Kajian Sosial ini adalah menerap dan memupuk sivik melaui pengetahuan, kemahiran dan sikap yang harus terdapat pada seseorang pelajar selaras dengan negara kita yang berdemokratik.Jelaslah bahawa nilai amalan sivik perlu diserapkan bagi melahirkan seseorang individu yang berpengetahuan, berkemahiran serta mempunyai nilai-nilai murni yang mampu membimbing ke arah kecemerlangan diri.Matlamat seterusnya adalah menyatakan tiga elemen utama dalam bidang pengajian ini iaitu antara pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Oleh kerana pengetahuan sains sosial mempunyai maksud yang terlalu luas, ia terpaksa dibahagikan kepada beberapa bidang yang berlainan dengan memberikan pengkhususan yang tertentu iaitu sains politik, ekonomi, sejarah, geografi, komunikasi, sosiologi, psikologi, antropologi, agama dan undang – undang. Sosiologi merupakan kajian berkenaan dengan interaksi dan perhubungan manusia dan organisasi sosialnya. Ia menumpukan perhatian kepada kehidupan sosial, sebab – sebab sosial sesuatu perkara itu berlaku dan kesan – kesan daripada kelakuan tingkahlaku manusia. Daripada kajian – kajian tersebut, ramalan boleh dibuat atas tingkah laku manusia dalam beberapa situasi sosial.

Psikologi bermaksud mengkaji minda dan personaliti seseorang individu. Ia juga mengkaji tingkah laku seseorang dan bagaimana tingkah laku ini dipengaruhi oleh tingkah laku orang lain. Ia juga dibahagikan kepada beberapa bidang yang khusus seperti psikologi sosial, kaunseling, psikologi industri dan organisasi psikologi kanak – kanak. Antara contoh kajiannya ialah terhadap emosi, ingatan, persepsi, perkembangan dan kematangan seseorang dan motivasi kerja yang telah dilakukan kepada seseorang individu.

Antropologi ialah kajian berkenaan dengan perhubungan di antara ciri – ciri biologi dan ciri – ciri sosial yang diperoleh oleh manusia. Ia boleh dibahagikan kepada antropologi fizikal dan budaya. Antropologi fizikal mengkaji pengaruh evolusi alam sekitar terhadap ciri – ciri fizikal manusia. Manakala antropologi budaya pula mengkaji cara – cara masyarakat dan kebudayaannya berkembang.
Sains politik merujuk kepada sistem kerajaan, polisi dan ideologi yang diamalkan untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan dalam masyarakat. Ia juga mengkaji pengaruh dan kepentingan politik di dalam kehidupan dan kegiatan masyarakat umum. Antara bidangnya ialah seperti organisasi kerajaan dan sistem politik, politik antarabangsa, dasar awam, hubungan antarabangsa dan falsafah dan teori politik.
Ekonomi merujuk kepada penggunaan dan pengagihan sumber – sumber dalam masyarakat dan dunia. Ia juga merujuk kepada pengeluaran barang – barang untuk memenuhi kehendak dan permintaan masyarakat. Di antara bidang dalam ekonomi ialah ekonomi gunaan, ekonomi buruh, ekonomi kewangan, institusi dan kewangan antarabangsa, pembiayaan antarabangsa dan ekonomi pengurusan.
Sejarah menumpukan perhatian kepada peristiwa lampau yang telah berlaku. Ia cuba memeriksa sama ada benar dan tidaknya sesuatu peristiwa – peristiwa lampau yang dikatakan telah berlaku dan mengaitkannya dengan masa kini supaya dapat memberi satu gambaran yang jelas berkenaan dengan perkembangan sesuatu masyarakat dan tempat dari masa lampau sehingga kini.
Geografi, Manusia sentiasa dipengaruhi oleh alam semulajadi tempat tinggalnya. Geografi bertujuan mengkaji aspek – aspek alam semulajadi dan bagaimana kehidupan manusia dibentuk olehnya. Ia juga mengkaji bagaimana alam semulajadi mempengaruhi perkembangan sosial dan kebudayaan masyarakat. Sebagai contoh tumpuannya ialah terhadap iklim, ekologi, demografi dan corak – corak migrafi penduduk.
Komunikasi ialah proses di mana mesej dihantar dari sesuatu punca kepada penerima. Ia merujuk kepada bagaimana sesuatu idea, maklumat, berita, nilai, sikap dan sebagainya disalur dan dikongsi dengan orang lain. Komunikasi telah dibahagikan kepada beberapa bidang seperti komunikasi organisasi, komunikasi antarabangsa, perfileman, pengiklanan, telekomunikasi dan kewartawanan.
Agama merujuk kepada sistem kepercayaan yang diamalkan oleh sesuatu kaum atau masyarakat. Ia juga adalah satu perhubungan di antara manusia dan kuasa yang tertinggi yang menjadi kepercayaan oleh sesuatu masyarakat tersebut. Perhubungan ini dapat dijalin melalui ajaran – ajaran yang dipercayainya dan upacara yang dilakukannya. Terdapat beberapa agama utama dalam dunia ini antaranya ialah Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Animese dan lain – lain kepercayaan lagi.

No comments:

Post a Comment